
Buat nhhas serta mereka yang bertanya tentang status Anim, surat yang ditunggu dari TH tiba petang semalam. Tak sabar nak lihat berapa kenaikan harga pakej TH 1434H/2013M yang telah dimaklumkan sebelum ini.
Harga Pakej Haji TH Travel 1434H/2013 naik dalam RM 3000 seorang berbanding tahun lalu. Bagi yang setuju dengan harga baru yang ditawarkan, fax atau pos borang pada atau sebelum 31 Mei 2013.
Seperti tahun-tahun sebelumnya, prosedurnya ialah wang perlu dicukupkan dalam akaun TH menjelang 1 Ramadan 1434H. Bagaimanapun, pemergian masih tertakluk kepada kuota yang diberikan oleh kerajaan Arab Saudi.
P/S Prosedur tetap dilakukan namun apa-apa pun, redha dengan perancangan Allah.





